ALOR SETAR, 11 Disember- Pemain skuad Kebangsaan Tajikistan, Amirbek Jurabaev, menjadi pemain import pertama diikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.
Amirbek menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad Kedah.
Beliau yang bermain di posisi tengah akan mengisi slot kuota pemain import Asia.
KDA FC berharap kehadiran Amirbek mampu memperkukuh dan menguatkan jentera pasukan.
(KDA FC berharap kehadiran Amirbek mampu memperkukuh dan
menguatkan jentera pasukan)
Amirbek memulakan karier bola sepak bersama kelab Rusia, CSKA Moscow B pada tahun 2013 dan kelab terakhir diwakili pemain berusia 26 tahun itu adalah United City di Filipina.
Pemain itu akan menyarung jersi nombor enam bersama skuad Sang Kenari.