KUALA LUMPUR, 5 November- Malaysia mempertaruhkan 10 pemain daripada skuad remaja untuk melengkapkan senarai 20 pemain dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2024.
Saingan yang bakal bermula pada 11 hingga 20 November ini, berlangsung di India.
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memaklumkan, empat pemain bakal meraih penampilan antarabangsa pertama sekiranya diturunkan pada kejohanan itu.
Mereka ialah Zawiatul Akma Hartomo (pertahanan), Nur Aisyah Che Musa (tengah) dan Nurathiran Fitriah Syamsul Adzuanizam dan Nur Iman Adawiyah Mohd Suhaimi (penyerang).
Malaysian Tigress bagaimanapun terpaksa melupakan khidmat empat pemain utama berpengalaman termasuk Hanis Nadiah Onn dan Nuramirah Shakirah Zulkifli yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan.
Malaysia dijadualkan berdepan China pada Selasa, diikuti pasukan Korea Selatan pada 14 November, Jepun pada 16 November dan Thailand selang sehari kemudian.