fb fb fb fb fb

Aaron Chia- Soh Woi Yik mara ke separuh akhir

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mara ke Separuh akhir Olimpik Paris 2024/Foto RTM

PARIS, 1 Ogos-Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Woi Yik berjaya mara ke separuh akhir acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemenang gangsa di temasya Tokyo 2020 itu menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dalam perlawanan yang berlarutan ke set penentuan.

Set pertama berlangsung dengan sengit pada awal permainan, namun bagaikan ada yang tidak kena, Aaron dan Wooi Yik kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

Ia sekaligus meghadiahkan banyak mata buat Rankireddy dan Shetty untuk menang 21-13 dalam tempoh 17 minit.

Enggan mengaku kalah, Aaron-Wooi Yik bangkit di set kedua.

Mereka berjaya tampil dengan taktikal berbeza dan lebih agresif untuk menang 21-14.

Pada set penentuan, Aaron-Wooi Yik berjaya mengekalkan ketenangan dan tidak beri banyak ruang buat Rankireddy dan Shetty untuk bangkit dengan menutup perlawanan 21-16.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal bertemu pasangan China yang juga beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang yang menyingkirkan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menerusi kemenangan 24-22, 22-20 pada Jumaat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD