Zetrix diberi tempoh pulihkan pelanggaran syarat Sukuk Wakalah

Zetrix akan mendapatkan persetujuan atau arahan pemegang sukuk untuk mengetepikan pelanggaran syarat

KUALA LUMPUR, 17 October – Zetrix AI Bhd diberi tempoh sehingga 22 Oktober ini bagi memulihkan pelanggaran syarat perjanjian di bawah Sukuk Wakalahnya atau berdepan risiko kemungkiran pembayaran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah bayaran kupon tertunggak RM164.5 juta dan jumlah prinsipal belum dijelaskan RM2.0 bilion.
  • Zetrix akan mendapatkan persetujuan atau arahan pemegang sukuk untuk mengetepikan pelanggaran syarat sekiranya isu tidak diselesaikan.
  • Jika pemegang sukuk tidak meluluskan pengecualian, ia boleh membawa kepada pembubaran.
  • Pemegang amanah boleh mengisytiharkan dan mempercepat pembayaran semua jumlah terakru serta menguatkuasakan hak, menyebabkan bayaran segera.

Dalam maklum balas kepada surat pertanyaan Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan jumlah bayaran kupon tertunggak yang akan matang pada tarikh-tarikh akan datang berjumlah RM164.5 juta, manakala jumlah prinsipal belum dijelaskan berjumlah RM2.0 bilion.

Zetrix menerusi makluman kepada Bursa Malaysia semalam menyatakan ia akan mendapatkan persetujuan atau arahan pemegang sukuk untuk mengetepikan pelanggaran syarat berkenaan sekiranya perkara itu gagal diselesaikan menjelang 22 Oktober ini.

Sekiranya pemegang sukuk tidak meluluskan pengecualian tersebut, ia boleh membawa kepada pembubaran.

Mengulas lanjut, sekiranya pembubaran berlaku, pemegang amanah sukuk boleh mengisytharkan dan mempercepat pembayaran semua jumlah yang terakru dan belum dibayar di bawah Sukuk Wakalah sehingga tarikh pengisytiharan tersebut.

Pemegang amanah juga berhak untuk menguatkuasakan haknya di bawah dokumen transaksi, dengan semua jumlah tertunggak di bawah Sukuk Wakalah perlu dibayar serta-merta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.