
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Orang ramai disaran memberi fokus kepada pengurusan semula aliran tunai selepas musim perayaan bagi mengelakkan tekanan kewangan berpanjangan.
- Sediakan senarai semua komitmen kewangan termasuk BNPL dan semak aliran tunai bulanan.
- Utamakan perbelanjaan keperluan asas serta bayar mengikut jadual bagi mengelakkan faedah atau penalti.
- Teruskan amalan menabung secara konsisten walaupun kecil untuk bina daya tahan kewangan menghadapi kecemasan.
Menurut Ketua Unit Capaian Awam, Jabatan Pendidikan Kewangan Sektor Isi Rumah AKPK, Monarita Junaidi, langkah itu penting khususnya bagi menyusun semula komitmen kewangan yang dibuat sebelum perayaan termasuk persiapan raya dan kos perjalanan.
Beliau berkata, antara langkah yang boleh diambil ialah menyenaraikan semua komitmen kewangan termasuk bayaran Beli Dahulu, Bayar Kemudian (BNPL), menyemak aliran tunai bulanan serta mengutamakan perbelanjaan keperluan asas.
“Jika berlaku tunggakan atau kegagalan bayaran, pengguna mungkin dikenakan faedah atau penalti. Oleh itu, penting untuk menyemak komitmen kewangan dan memastikan bayaran dibuat mengikut jadual,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Biz Malaysia.
Tambahnya, amalan menabung perlu diteruskan secara konsisten walaupun dalam jumlah kecil bagi membina daya tahan kewangan, khususnya menghadapi situasi kecemasan.
Orang ramai juga diingatkan supaya berbelanja secara berhemah dan tidak mengikut tekanan sosial sehingga melebihi kemampuan