Peruncit tempatan kembali jadi pembeli bersih Bursa Malaysia

Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Pelabur runcit tempatan kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM223.1 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Institusi tempatan kekal penjual bersih minggu keempat berturut-turut, aliran keluar bersih RM88.8 juta.
  • Institusi asing kembali menjadi penjual bersih selepas dua minggu belian, dengan aliran keluar bersih RM134.3 juta.
  • Sektor pengangkutan, perkhidmatan kewangan dan utiliti catat aliran masuk asing; produk industri, pengguna dan teknologi catat aliran keluar terbesar.
  • Purata volum dagangan harian menurun untuk semua kumpulan pelabur; runcit -12.1%, institusi tempatan -14.1%, institusi asing -7.0%.

MBSB Investment Bank Berhad (MBSB IB) dalam Laporan Aliran Dana Mingguannya berkata keadaan berbeza ditunjukkan oleh institusi tempatan yang meneruskan trend jualan bersih untuk minggu keempat berturut-turut dengan aliran keluar bersih RM88.8 juta.

Menurutnya, institusi asing turut kembali menjadi penjual bersih selepas dua minggu berturut-turut mencatatkan belian bersih, dengan aliran keluar bersih berjumlah RM134.3 juta.

“Institusi asing hanya menjadi pembeli bersih pada satu daripada lima hari dagangan sepanjang minggu lalu, dengan aliran masuk direkodkan pada Selasa sebanyak RM169.5 juta,” jelas bank pelaburan itu dalam laporan berkenaan.

MBSB IB berkata sektor pengangkutan dan logistik merekodkan aliran masuk bersih asing tertinggi sebanyak RM154.4 juta, diikuti sektor perkhidmatan kewangan sebanyak RM144.9 juta dan utiliti sebanyak RM32.8 juta.

Sebaliknya, sektor produk dan perkhidmatan perindustrian mencatatkan aliran keluar bersih asing terbesar sebanyak RM204.8 juta, diikuti produk dan perkhidmatan pengguna (RM110.9 juta) serta teknologi (RM65.3 juta).

Dalam pada itu, bank pelaburan berkenaan memaklumkan purata volum dagangan harian menurun bagi semua kumpulan pelabur minggu lalu.

Penurunan itu melibatkan pelabur runcit sebanyak 12.1 peratus, institusi tempatan (14.1 peratus) dan institusi asing (7.0 peratus).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.