
KUALA LUMPUR, 15 April -Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, didorong optimisme terhadap potensi pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menamatkan konflik mereka.
- Kontrak April 2026 ditutup pada US$4,868.00 dan Mei 2026 pada US$4,887.00 setiap auns troy.
- Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 masing-masing ditutup pada US$4,905.50 setiap auns troy.
- Jumlah dagangan meningkat kepada 23 lot dan kepentingan terbuka naik kepada 89 kontrak.
Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan pada April 2026 meningkat kepada US$4,868.00 setiap auns troy daripada US$4,800.60 pada Selasa, manakala Mei 2026 naik kepada US$4,887.00 setiap auns troy daripada US$4,819.60.
Jun 2026, Julai 2026 dan Ogos 2026 masing-masing ditutup kepada US$4,905.50 setiap auns troy berbanding US$4,838.10 semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 23 lot daripada lapan lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 89 kontrak daripada 76 kontrak.
Emas fizikal mencecah US$4,794.75 setiap auns troy semasa penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 14 April, 2026. – BERNAMA