KUALA LUMPUR, 19 September – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh jangkaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.
- Penganalisis berkata penurunan hasil Perbendaharaan AS berpotensi menyokong kenaikan harga emas dan mencuba melepasi paras US$4,400 minggu depan, minyak mentah dijangka stabil.
- Kontrak September, Oktober dan November 2026 mencatat pengukuhan, menunjukkan kenaikan nilai bagi minggu rujukan.
- Kontrak Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 meningkat kepada US$4,436.30 setiap auns troy berbanding sebelumnya.
- Jumlah dagangan turun kepada 1,152 lot dan kepentingan terbuka merosot kepada 307 kontrak; harga fizikal LBMA ditetapkan pada US$4,368.10.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini, berpotensi memberikan peningkatan selanjutnya untuk harga emas semerta.
“Kemungkinan, harta semerta emas akan cuba melepasi paras US$4,400 seauns minggu depan terutamanya apabila harga minyak mentah dijangka kekal stabil dan condong ke arah penurunan,” katanya kepada Bernama.
Bagi asas mingguan, kontrak September 2026 meningkat kepada US$4,393.20 setiap auns troy daripada US$4,353.50, kontrak Oktober 2026 menambah kepada US$4,411.20 setiap auns troy daripada US$4,368.70, dan kontrak November 2026 mengukuh kepada US$4,428.50 setiap auns troy daripada US$4,384.00 setiap auns troy.
Sementara itu, kontrak Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 meningkat kepada US$4,436.30 setiap auns troy berbanding US$4,391.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan minggu berkurang kepada 1,152 lot daripada 1,492 lot seminggu lepas, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 307 kontrak daripada 469 kontrak.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,368.10 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 17 September 2026. – BERNAMA