Lima negeri sumbang 88.9 peratus eksport negara pada April 2026

Pelabuhan Pulau Pinang/RTM

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia dengan menyumbang sebanyak 88.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara pada April 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pulau Pinang pengeksport terbesar (45.1%), diikuti Johor (19.7%), Selangor (14.6%), Sarawak (5.3%) dan Kuala Lumpur (4.2%).
  • Jumlah eksport meningkat kepada RM182.7 bilion, naik RM49.2 bilion berbanding tahun lalu.
  • Peningkatan eksport dipacu Pulau Pinang (RM33.5 bilion), Johor (RM9.7 bilion), Kuala Lumpur (RM3.5 bilion) dan Selangor (RM2.5 bilion).
  • Import meningkat 20% kepada RM25.6 bilion; pertumbuhan terutamanya di Johor dan Pulau Pinang, manakala Selangor dan Kuala Lumpur catat penurunan.

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pulau Pinang muncul sebagai pengeksport terbesar dengan sumbangan 45.1 peratus, diikuti Johor (19.7 peratus), Selangor (14.6 peratus), Sarawak (5.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.2 peratus).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah eksport pada bulan berkenaan meningkat kepada RM182.7 bilion berbanding RM154 bilion pada tempoh sama tahun lalu, dengan kenaikan sebanyak RM49.2 bilion.

”Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang sebanyak RM33.5 bilion, Johor (RM9.7 bilion), Kuala Lumpur (RM3.5 bilion), Selangor (RM2.5 bilion), Sarawak (RM490.1 juta).

”Turut menyumbang kepada peningkatan eksport ialah Perak (RM472.2 juta), Terengganu (RM404.6 juta), Sabah (RM188.3 juta), Perlis (RM26.7 juta) dan Negeri Sembilan (RM25.2 juta).

”Bagaimanapun, nilai eksport menurun di Pahang sebanyak RM573.5 juta, Labuan (RM289.1 juta),Kedah (RM188.6 juta), Melaka (RM158.2 juta) dan Kelantan (RM11.8 juta),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, prestasi import pada bulan sama meningkat 20 peratus kepada RM25.6 bilion, berbanding bulan sama tahun lalu.

Menurut Datuk Sri Dr. Mohd Uzir, peningkatan itu disumbangkan oleh pertumbuhan import di kebanyakan negeri seperti Johor (RM18.6 bilion), Pulau Pinang (RM9.6 bilion), Sarawak (RM517.6 juta), Perak (RM322.5 juta), Kedah (RM294.8 juta) dan Labuan (RM289.1 juta).

”Import lebih tinggi juga direkodkan di Sabah (RM211.6 juta), Terengganu (+M165.4 juta), Negeri Sembilan (RM127 juta), Pahang (RM58.2 juta) dan Perlis (RM40.9 juta).

”Sebaliknya, import mencatat penurunan di Selangor sebanyak RM2 bilion, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM1.3 bilion), Kelantan (RM27.1 juta) dan Melaka (RM8 juta),” jelas kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.