
KUALA LUMPUR, 18 Jun – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM25.88 bilion (konvensional) dan RM18.38 bilion (pasaran wang Islam).
- BNM menjalankan dua tender repo berbalik konvensional: RM6.0 bilion untuk tujuh hari, RM1.2 bilion untuk 32 hari.
- BNM jalankan Murabahah Komoditi Bercagar: RM1.2 bilion tujuh hari dan RM250 juta 32 hari.
- Pada pukul 4 petang BNM akan menjalankan tender semalaman: konvensional sehingga RM33.1 bilion dan Murabahah sehingga RM20.2 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM25.88 bilion dalam pasaran konvensional dan RM18.38 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM6.0 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.2 bilion untuk 32 hari serta tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM100 juta untuk 32 hari.
Bank pusat akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) terdiri daripada RM1.2 bilion untuk tujuh hari dan RM250 juta untuk 32 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.1 bilion dan RM20.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA