
KUALA LUMPUR, 16 April – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM43.46 bilion (konvensional) dan RM26.58 bilion (dana Islam).
- BNM jalankan tender repo berbalik konvensional RM1.5 bilion (7 hari) dan dua tender Islam RM100 juta (91 hari), RM950 juta (32 hari).
- Bank pusat sediakan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan Murabahah untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
- Pada 4 petang BNM akan jalankan tender semalaman sehingga RM45.0 bilion konvensional dan RM27.6 bilion semalaman Murabahah.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM43.46 bilion dalam pasaran konvensional dan RM26.58 bilion dalam dana Islam.
BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk tujuh hari, tender repo terbalik Islam bernilai RM100 juta (perjanjian jual dan beli balik) bagi 91 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM950 juta (Murabahah Komoditi Bercagar) untuk 32 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.0 bilion dan RM27.6 bilion dalam tender semalaman Murabahah. BERNAMA