Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 September – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dianggarkan RM25.37 bilion (konvensional) dan RM25.03 bilion (wang Islam).
  • BNM jalankan tender repo berbalik konvensional: RM9 bilion (7 hari) dan RM500 juta (31 hari).
  • Tender repo berbalik Islam: RM200 juta (31 hari), RM300 juta (91 hari); Murabahah Komoditi RM500 juta (7 hari).
  • Pada 4 petang BNM jalankan tender semalaman: konvensional sehingga RM34.9 bilion dan Murabahah sehingga RM26.5 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM25.37 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25.03 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM9 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta untuk 31 hari serta dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM200 juta untuk 31 hari dan RM300 juta untuk 91 hari.

Bank pusat akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM26.5 bilion.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.