Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai konvensional meningkat kepada RM43.90 bilion; dana Islam susut kepada RM24.80 bilion.
  • BNM menjalankan dua tender repo berbalik lebih awal.
  • Tender semalaman konvensional disemak semula daripada RM43.5 bilion kepada RM43.9 bilion.
  • Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM43.90 bilion dan Murabahah RM24.80 bilion satu hari.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM43.90 bilion daripada RM41.08 bilion pagi ini manakala dalam dana Islam menyusut kepada RM24.80 bilion daripada RM29.16 bilion.

Terdahulu, bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik.

BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM43.5 bilion kepada RM43.9 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM43.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.80 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 18 Mei 2026.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.