
KUALA LUMPUR, 9 Januari -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil disokong operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
- BNM melaksanakan tender repo berbalik dan tender pasaran wang bagi sistem konvensional serta Islam.
- Mudah tunai konvensional menurun manakala dana Islam meningkat, mencerminkan pengurusan kecairan berasingan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM32 bilion daripada RM32.94 bilion pada sebelah pagi, manakala dana Islam meningkat kepada RM20.7 bilion daripada RM20.45 bilion.
Terdahulu, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
Pada 4 petang, BNM juga melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM32 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM20.7 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 8 Jan, 2026. – BERNAMA