Harga RON95 tidak berubah, bantu ringankan beban rakyat

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam program Tanya Terus di TV1

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Kerajaan mengekalkan harga RON95 menerusi BUDI95 pada kadar RM1.99 seliter bagi majoriti rakyat yang layak sebagai langkah melindungi kos sara hidup ketika harga minyak dunia terus meningkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesan kenaikan harga minyak dunia memberi kesan berantai kepada kos harian termasuk pengangkutan, makanan dan rantaian bekalan.
  • Subsidi disalurkan untuk melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup dan memastikan pergerakan harian tidak terjejas.
  • Pengurusan subsidi perlu cermat bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan.
  • Rakyat digalakkan berbelanja berhemah terutama semasa cuti panjang tanpa menghentikan aktiviti ekonomi domestik.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kenaikan harga minyak dunia memberi kesan berantai kepada kos harian rakyat termasuk pengangkutan, makanan dan rantaian bekalan.

Menurut beliau, langkah itu mengambil kira kebergantungan rakyat terhadap minyak bagi meneruskan rutin harian serta memastikan pergerakan mereka tidak terjejas.

“Bagi kebanyakan keluarga, minyak ini keperluan asas, bukan soal pilihan. Apabila harga minyak meningkat, rakyat bukan sahaja membayar lebih di stesen minyak, malah turut memberi kesan kepada rantaian bekalan termasuk harga barang dan kos penghantaran,” katanya dalam program Tanya Terus di TV1.

Tambah beliau, subsidi itu perlu diurus dengan baik dan cermat supaya rakyat terus dilindungi, selain mengurangkan ketirisan kepada pihak yang tidak memerlukan.

Dalam masa sama, rakyat juga digalakkan berbelanja secara berhemah, terutama ketika musim cuti panjang, tanpa menghentikan aktiviti ekonomi domestik.

Pendekatan itu penting bagi memastikan kos sara hidup terus dikawal dalam keadaan ketidaktentuan global dan tekanan harga minyak dunia yang masih mencabar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.