Biasiswa pelaburan strategik jangka panjang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 September – Biasiswa perlu dilihat sebagai pelaburan strategik jangka panjang dalam pembangunan modal insan yang mampu memberi kesan kepada negara merentasi beberapa dekad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hasil pelaburan biasiswa muncul kemudian melalui sumbangan penerima kepada ekonomi dan pembangunan negara.
  • Alumni menyumbang sebagai profesional, penyelidik, usahawan, penjawat awam dan pemimpin korporat.
  • Pemupukan bakat kritikal berikutan perubahan pesat seperti AI, pendigitalan dan peralihan tenaga; menentukan daya saing negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, hasil pelaburan berkenaan mungkin tidak dapat dilihat serta-merta, namun kesannya dapat diterjemahkan apabila penerima biasiswa menyumbang kembali kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Menurutnya, sumbangan itu dapat dilihat menerusi alumni yang kini berkhidmat sebagai profesional, penyelidik, usahawan, penjawat awam serta pemimpin korporat.

“Biasiswa merupakan pelaburan strategik jangka panjang. Hasilnya tidak semestinya dilihat serta-merta, tetapi kesannya dapat dirasai merentasi dekad,” katanya dalam ucapan pada Majlis Ulang Tahun ke-30 Program Biasiswa Permodalan Nasional Berhad, PNB.

Tambahnya, pembangunan bakat semakin diperlukan ketika dunia melalui perubahan pesat termasuk ledakan kecerdasan buatan (AI), pendigitalan serta peralihan tenaga.

Daya saing sesebuah negara kini tidak lagi hanya bergantung kepada sumber asli atau infrastruktur fizikal, sebaliknya turut ditentukan oleh kekuatan modal insan.

Sejak 1996, lebih 6,000 anak muda menerima manfaat daripada program Biasiswa PNB.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.