63 kawasan catat IPU sederhana setakat 5 pagi

Foto Fail RTM

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – 63 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat pukul 5 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa negeri terjejas termasuk Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Lima kawasan mencatat bacaan baik termasuk Labuan, Miri, Limbang dan Kota Kinabalu.
  • Skala IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301 ke atas berbahaya.

Antaranya melibatkan negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), lima kawasan lagi mencatatkan bacaan baik membabitkan Labuan, Miri dan Limbang, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.