
KUALA LUMPUR, 9 Sept – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang serta petugas Kementerian Kesihatan yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak, semalam.
- Seri Paduka mendoakan keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian serta kehilangan.
- Seri Paduka mengucap Al-Fatihah dan salam takziah kepada ahli keluarga mangsa.
- Baginda menyatakan jasa dan pengorbanan mangsa akan sentiasa dikenang menurut kenyataan di Facebook rasmi.
- Helikopter BO-105 membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Ulu Baram pada hari Selasa.
Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga serta waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian serta kehilangan insan tersayang.
“Al-Fatihah dan salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka Baginda menerusi satu kenyataan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.