fb fb fb fb fb

Wisma Putra pantau gempa bumi di timur bandar Hama, Syria

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos- Wisma Putra melalui Kedutaan Besar di Beirut dan Konsul Kehormat di Syria sedang memantau dengan teliti situasi selepas gempa bumi berukuran 4.8 yang melanda timur bandar Hama, Syria pada 12 Ogos 2024, pukul 11.56 malam waktu tempatan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Gegaran telah memberikan kesan kepada Syria dan Lebanon
dan turut dirasai sejauh Jordan dan Türkiye.

"Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas. Kedutaan dan Konsul sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan memantau keadaan," katanya.

Bagaimanapun rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar keberadaan mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my,' tambah kenyataan itu.

Pada masa sama rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria menerusi talian +963 93324 5555 atau menghantar e-mail menerusi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sementara itu, bagi menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon, ia boleh dihubungi menerusi talian +961 71 380 063 atau +961 7677 2527 yang beralamat di Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon serta boleh menghantar e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI