fb fb fb fb fb

Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran

FOTO JBPM SARAWAK

BINTULU, 17 Februari- Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi satu kenyataan berkata kedua-dua mangsa ditemukan rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah pertama yang terbakar 100 peratus.

Beliau berkata mangsa wanita dikenali sebagai Marites, berusia 40 tahun manakala identiti dan jantina kanak-kanak OKU terbabit belum dikenal pasti.

"Mayat diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata terdahulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 4.05 pagi dan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digegaskan ke lokasi.

Kejadian katanya turut menjejaskan 10 penghuni lain, namun punca dan anggaran kerugian sedang disiasat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE