Sinner terus dominasi Masters 1000

Jannik Sinner mencatat kemenangan ke-29 berturut-turut dalam saingan Masters 1000 – Foto AFP

ROM, 10 Mei – Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat kemenangan ke-29 berturut-turut dalam saingan Masters 1000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sinner menewaskan Sebastian Ofner 6-3, 6-4 dalam pusingan kedua Terbuka Rom 2026.
  • Kemenangan membuka laluan cerah untuk memburu gelaran Masters yang belum dimenangi di gelanggang sendiri, Rom.
  • Jika menjuarai Rom, Sinner berpeluang menjadi pemain kedua mencapai Career Golden Masters selepas Novak Djokovic.

Terbaharu pemain Itali itu, menewaskan Sebastian Ofner 6-3, 6-4 pada pusingan kedua Kejohanan Masters Rome.

Kemenangan itu turut membuka laluan lebih cerah buat Sinner untuk memburu satu-satunya gelaran Masters di laman sendiri yang masih belum dimenanginya.

Jannik Sinner menang 6-3, 6-4 ke atas Sebastian Ofner dalam pusingan kedua Terbuka Rom 2026 – Foto AFP

Peluangnya juga cerah selepas beberapa pemain pilihan termasuk Felix Auger-Aliassime dan Ben Shelton tersingkir awal daripada kejohanan tersebut.

Sinner kini memburu gelaran Masters keenam berturut-turut sejak menjuarai kejohanan di Paris pada November 2025.

Sekiranya berjaya muncul juara di gelanggang sendiri di Rom, pemain berusia 24 tahun itu bakal menjadi pemain kedua dalam sejarah selepas Novak Djokovic yang melengkapkan pencapaian “Career Golden Masters”, iaitu memenangi kesemua kejohanan Masters 1000 sekurang-kurangnya sekali sepanjang karier. – Reuters