fb fb fb fb fb

Wanita didenda RM2,000 miliki lebih 100 alat seks

Sarah Phoon, 29, memiliki sebanyak 102 unit peralatan lucah berupa mainan seks

BALIK PULAU, 28 Mei- Seorang wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki lebih 100 unit peralatan lucah berupa permainan seks di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini, hari ini.

Sarah Phoon, 29, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki alat-alat lucah berupa peralatan permainan seks sebanyak 102 unit di premis yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Bayan Lepas, kira-kira pukul 2.30 petang, 6 Februari lalu.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadzir Saad dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Phoon diwakili peguam dari  Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Phoon didenda sebanyak RM2,000 dan dua bulan penjara jika gagal membuat bayaran.

SITI AISHAH MD ISA