fb fb fb fb fb

Video anjing ditarik, Polis Johor buka kertas siasatan

JOHOR BAHRU, 11 April - Polis Johor membuka kertas siasatan berhubung video tular di media sosial, memaparkan seekor anjing ditarik oleh seorang individu daripada dalam kereta bergerak, dipercayai berlaku di Taman Sri Skudai, Johor Bahru, 9 April lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan seorang lelaki berumur 34 tahun, dan seorang wanita berumur 61 tahun yang terlibat, telah disoal siasat.


(Ketua Polis, Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid)

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8 April lalu, selepas suspek menjumpai semula anjing peliharaannya yang hilang, dalam keadaan kotor dan berkutu, di kawasan perumahannya", katanya.

Susulan itu, suspek bertindak menggunakan tali dan menarik anjing tersebut daripada tingkap kereta yang dipandu secara perlahan kerana beranggapan keadaan anjing tersebut tidak sesuai dibawa masuk ke dalam kereta.

Selain, lokasi anjing tersebut dijumpai berada berdekatan dengan rumah suspek.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis, dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 44 (1 ) (a) Akta Binatang 1953.

Media Baharu