fb fb fb fb fb

Usahawan terjejas banjir dibenar tangguh bayaran pinjaman

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberi kelonggaran penjadualan semula atau penangguhan bayaran sehingga enam bulan kepada usahawan terjejas banjir khususnya yang mendapat pembiayaan daripada agensi di bawahnya.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata kelonggaran itu sebahagian daripada dasar kementeriannya untuk membantu golongan usahawan yang terkesan akibat bencana.

(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick)

"Mengenai banjir terutama usahawan yang terjejas dan mereka yang meminjam daripada agensi kita, ada dasar untuk beri kelonggaran kepada usahawan ini .

"Usahawan ini boleh memohon untuk menjadualkan pembiayaan atau menangguh pembayaran mereka sehingga maksimum enam bulan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara,Manndzri Nasib di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan asal Manndzri yang meminta jaminan kementerian itu untuk terus membantu usahawan khususnya golongan belia dalam berdepan krisis ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini, Ewon berkata, kerajaan komited membantu semua usahawan dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Media Baharu