fb fb fb fb fb

Kerajaan teliti perketat undang-undang, lindungi pemberi maklumat - PM

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Peruntukan undang-undang lebih ketat bagi melindungi pemberi maklumat mengenai kes rasuah dan kesalahan tatakelola sedang diteliti oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan antara fokus utama beliau kerana terdapat ramai pemberi maklumat termasuk penjawat awam berasa tidak selamat untuk melaporkan kes-kes berkenaan kerana mendapat tekanan.

“Cuma ada pandangan daripada pihak perundangan yang menyatakan ini bukan memberi laluan kepada mana-mana pihak untuk membuat tuduhan palsu ataupun fitnah.

“Jadi dibedakan dengan usaha memberikan fakta dan saya setuju dengan gesaan, dan ini akan kita bentangkan, selewat-lewatnya diharap dalam sesi (Parlimen) akan datang,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung komitmen kerajaan dalam meminda peruntukan berkaitan perlindungan pemberi maklumat yang harus dilaksanakan segera seperti disyor Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan dan Anti Rasuah sebelum ini.

Berhubung pertanyaan asal Lo Sui Fui (GRS-Tawau) mengenai strategi penambahbaikan dan fokus SPRM, Anwar berkata SPRM kini fokus dalam melaksanakan siasatan terhadap kes rasuah yang berskala besar, bertujuan memulihkan imej negara dan meningkatkan keyakinan rakyat.



(Foto hiasan)

Media Baharu