fb fb fb fb fb

UMAMI perkasa bakal usahawan B40 Miri

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang pada majlis Pra Pelancaran Program Usahawan Makanan Miri, UMAMI di Pustaka Negeri Sarawak Miri

MIRI, 15 Jun- Program Usahawan Makanan Miri, UMAMI merupakan satu inisiatif yang direka untuk memperkasakan bakal usahawan makanan yang terdiri daripada komuniti B40 dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4850 sebulan di Miri.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, beliau sangat meyokong inisiatif tersebut yang akan  memacu pembangunan komuniti dan pemerkasaan ekonomi rakyat.

Katanya program UMAMI menambah satu lagi lapisan kepada usaha kolektif dalam menyediakan latihan komprehensif, bimbingan dan sokongan strategik, serta memperkasakan individu untuk mengubah minat masakan mereka kepada perniagaan yang berkembang maju.

Tambah beliau, program tersebut bukan sahaja mampu menangani keperluan segera tetapi juga membina asas kejayaan jangka panjang dan sara diri pesertanya.

Beliau terdahulu merasmikan Pra Pelancaran Program Usahawan Makanan Miri, UMAMI di Pustaka Negeri Sarawak Miri.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan SAGO Arif Abdul Rahman berkata, program tersebut bukan sahaja tentang ilmu perniagaan tetapi juga mencipta peluang dan masa depan yang lebih baik bagi mereka yang paling memerlukannya.

Program UMAMI merupakan kerjasama antara Kumpulan SAGO, Yayasan Hong Leong dan rakqn strategik tempatan termasuk Pustaka Miri, The Brew Crew dan SMTC International yang menyediakan latihan komprehensif, bimbingan dan sokongan strategik dalam membantu usahawan baru untuk berkembang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE