fb fb fb fb fb

7 kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

"Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut di kawasan tersebut," kata MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

TETITIA YUSOFF