fb fb fb fb fb

Tujuh agenda PSSN pertingkat sistem statistik Malaysia

SHAH ALAM, 14 Februari - Tujuh agenda Pengukuhan Sistem Statistik Negara (PSSN) digariskan dalam usaha mempertingkat sistem statistik Malaysia sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed, antara langkah paling penting diambil ialah penubuhan badan penasihat tertinggi statistik negara iaitu Majlis Statistik dan Data Negara.

"Majlis ini berperanan dan bertanggungjawab untuk memberi panduan dan hala tuju dalam memantapkan sistem statistik negara. Mesyuarat pertama majlis ini telah diadakan pada 27 Januari dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

"Banci dilaksanakan untuk mendapatkan stok dan profil penduduk perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk," kata Mustapa ketika berucap di Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, di sini.

Tambahnya Ketua Pegawai Data (CDO) akan dilantik dengan penugasan semula pegawai di setiap kementerian, jabatan dn agensi persekutuan serta negeri termasuk menubuhkan sebuah pusat analitik data raya negara.

 

Media Baharu