fb fb fb fb fb

Tuduhan India terlibat dalam plot pembunuhan Aktivis Sikh, perkara serius - White House

White meneliti laporan penglibatan perisikan India dalam pembunuhan Aktivis Sikh di AS dan Kanada/Foto Reuters

WASHINGTON, 30 April - Pentadbiran White House pada Isnin meneliti dan memandang serius laporan yang mengaitkan penglibatan Perkhidmatan Perisikan India dalam merancang dua pembunuhan aktivis Sikh di Kanada dan Amerka Syarikat (AS).

Akhbar The Washington Post melaporkan terdapat pegawai Perkhidmatan Perisikan India yang terlibat secara langsung merancang pembunuhan warga AS yang merupakan pengkritik tegar Perdana Menteri India, Narendra Modi di AS.

Laporan itu turut menyebut pegawai berkenaan turut terlibat dalam kes tembakan berasingan salah seorang Aktivis Sikh di Kanada, Jun lalu.

Dalam pada itu, Kementerian Luar India berkata Washington Post membuat "dakwaan yang tidak wajar dan tidak berasas ketika New Delhi sedang menyiasat isu berkenaan.

"Komen spekulatif dan tidak bertanggungjawab mengenainya tidak membantu," kata jurucakap kementerian luar Randhir Jaiswal dalam satu kenyataan.

"Ini adalah perkara yang serius, dan kami mengambilnya dengan sangat serius," kata jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre kepada pemberita.

"Kami akan terus menyuarakan kebimbangan kami", ujarnya.

Pada November tahun lalu, pihak berkuasa AS berkata seorang pegawai kerajaan India telah mengarahkan plot dalam cubaan membunuh Gurpatwant Singh Pannun, seorang pemisah Sikh dan dua warganegara Amerika Syarikat dan Kanada.

India telah menyatakan kebimbangan mengenai perkara tersebut dan menafikan penglibatan dalam plot berkenaan.

Pihak berkuasa India berkata pihaknya akan menyiasat secara rasmi dan mengambil tindakan susulan yang diperlukan menerusi penubuhan panel yang pada 18 November 2023.

Gurpatwant Singh Pannun merupakan salah seorang peguam Sikhs for Justice, sebuah kumpulan yang dilabel India sebagai persatuan yang menyalahi undang-undang" pada 2019.

Sikh for Justice dikatakan turut terlibat aktiviti ektremis.

Pada tahun 2020, India menyenaraikan Pannun sebagai pengganas paling dikehendaki.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD