Tuanku Muhriz tunai solat sunat Aidiladha bersama 1,500 jemaah di Seri Menanti

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah) berkenan menyantuni jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di pekarangan Dewan Awam Tuanku Najihah, hari ini/BERNAMA

KUALA PILAH, 27 Mei -Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama kira-kira 1,500 jemaah di perkarangan Dewan Awam Tuanku Najihah, berhadapan Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketibaan baginda diiringi Menteri Besar Datuk Seri Utama Aminuddin Harun dan isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.
  • Solat dipimpin Imam Eksekutif Masjid Diraja Tuanku Munawir, Abdul Rahman Ibrahim; beliau menyampaikan khutbah bertajuk 'Korban Sebagai Syiar Keimanan'.
  • Sebanyak 21 ekor lembu akan dikorbankan, empat daripadanya daripada pihak Istana.

Ketibaan baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun serta isteri, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Solat sunat Aidiladha hari ini dipimpin oleh Imam Eksekutif Masjid Diraja Tuanku Munawir, Abdul Rahman Ibrahim.

Solat sunat Aidiladha disempurnakan, Abdul Rahman turut menyampaikan khutbah yang bertajuk “Korban Sebagai Syiar Keimanan”.

Antara intipati pengisian khutbah itu, ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, ia mengingatkan bahawa ketaatan kepada Allah S.W.T menuntut keikhlasan dan kesediaan mendahulukan perintahnya melebihi kehendak diri.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan isteri.

Sebanyak 21 ekor lembu akan dikorbankan dan empat daripadanya adalah daripada pihak Istana bagi memenuhi acara ibadat korban.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.