Sultan Pahang, Tengku Mahkota laksana ibadah korban sempena Aidiladha

Foto RTM

KUANTAN, 27 Mei -Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Makhota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sultan Pahang mengorbankan dua ekor lembu manakala Tengku Mahkota mengorbankan seekor lembu.
  • Baginda, Tengku Ampuan dan Tengku Mahkota menunaikan solat sunat Aidiladha bersama.
  • Khutbah bertajuk "Kehidupan Adalah Pengorbanan" disampaikan Mufti Negeri Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.
  • Sebanyak 24 ekor lembu dikorbankan di masjid bagi meraikan sambutan Aidiladha.

Sultan Pahang berkenan mengorbankan dua ekor lembu dan Tengku Mahkota turut berkenan mengorbankan seekor lembu sempena Aidiladha di masjid tersebut.

Terdahulu baginda dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah serta Tengku Mahkota berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid itu.

Ketibaan baginda pada pukul 8.20 pagi disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta exco kerajaan negeri.

Solat sunat Aidiladha itu dipimpin oleh Imam 1, Mohd Hafidz Mohammad Suhaile.

Khutbah bertajuk “Kehidupan Adalah Pengorbanan”disampaikan oleh Mufti Negeri Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Sebanyak 24 ekor lembu dikorbankan di masjid tersebut bagi meraikan sambutan Aidiladha.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.