Sultan Kedah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir

Foto RTM

ALOR SETAR, 27 Mei- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keberangkatan Baginda disambut Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Norizan Khazali.
  • Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff, turut berangkat bersama Baginda.
  • Solat sunat dan khutbah Aidiladha diimam serta disampaikan oleh Imam Besar Masjid Zahir Syeikh Mohd Naim Ahmad.
  • Selepas solat, Baginda dan Tunku Mahkota beramah mesra dengan jemaah sebelum bertolak pulang.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Solat sunat dan khutbah Aidiladha disampaikan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad.

Selesai menunaikan solat, Sultan Kedah dan Tunku Mahkota Kedah berkenan beramah mesra bersama jemaah sebelum berangkat pulang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.