Transfromasi kenderaan kutipan sampah elektrik dilakukan berfasa

Nga Kor Ming

PUTRAJAYA, 29 Julai – Transformasi kenderaan kutipan sampah berasaskan bahan api fosil kepada kenderaan elektrik akan dilakukan secara berfasa dalam usaha peningkatan tahap kebersihan awam ke arah bertaraf dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Selaras dengan Dasar Pembersihan Awam Negara dan menekankan reformasi pengurusan sisa pepejal.
  • Kerja kutipan sampah dan pembersihan akan dilaksanakan pada waktu malam untuk memastikan persekitaran bersih keesokan harinya.
  • Keputusan dipersetujui Jemaah Menteri; pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan bersama 12 PBT Selangor.
  • Pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan diperluaskan secara berperingkat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, langkah itu selaras dengan Dasar Pembersihan Awam Negara yang memberi penekanan kepada reformasi pengurusan sisa pepejal.

“Selain itu, kerja-kerja kutipan sampah serta pembersihan bawah kerangka Reformasi Pembersihan Awam akan mula dilaksanakan pada waktu malam.

“Pendekatan itu membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan ketika rakyat Malaysia sedang berehat, sekali gus memastikan persekitaran berada dalam keadaan bersih apabila orang ramai memulakan aktiviti pada keesokan harinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Pra-Pelancaran Sambutan Hari Lanskap Negara 2026, di sini hari ini.

Keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri hari ini dan sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyelaras pelaksanaannya melibatkan kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Menurut Nga Kor Ming, pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan diperluaskan secara berperingkat sebagai usaha memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.