Ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur dan sembilan negeri hingga 7 malam ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur dan sembilan negeri hingga 7.00 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa daerah di Semenanjung terjejas termasuk Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
  • Sarawak terjejas di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.
  • Sabah terjejas di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas melibatkan Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Kemaman).

Amaran sama turut melibatkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).

Bagi Johor, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, cuaca sama diramal berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis dan Miri) serta Limbang.

Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.