TPM Ahmad Zahid rafak sembah tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu

Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 26 April -Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-64 Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hantaran di Facebook menyampaikan doa dan harapan kepada Sultan Mizan.
  • Memohon agar baginda dilanjutkan usia dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.
  • Berdoa supaya Allah SWT memberkati pemerintahan baginda, memayungi rakyat dan negeri dengan hikmah serta kebijaksanaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menitipkan doa agar Sultan Mizan dilanjutkan usia dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.

Beliau turut mendoakan supaya Allah SWT memberkati pemerintahan baginda dalam memayungi rakyat dan negeri dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan.