
MELAKA, 28 Februari – Tiga remaja maut, manakala seorang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Tambak Paya, Melaka Tengah, awal pagi tadi.
- Tiga remaja maut dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Tambak Paya, Melaka Tengah.
- Satu penunggang cedera parah dirawat di Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.
- Siasatan awal: dua motosikal menuju ke Tiang Dua manakala motosikal ketiga dari arah bertentangan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Adiff Farihin Mohd Anuar, 15 tahun, Muhammad Azmi Abdul Rahimah, 16 dan Nur Khairiah Mat Mazlin, 16 tahun.
Sementara, Muhammad Haziq Haikal Kassim, 18 tahun cedera parah di kepala, kaki dan tangan dan dirawat di Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.
Siasatan awal mendapati, ketika kejadian motosikal pertama dan kedua menuju ke Tiang Dua dari arah Bukit Katil, sementara motosikal ketiga dari arah bertentangan, sebelum bertembung di lokasi kejadian.
Akibat pertembungan itu, semua penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.