KUALA LUMPUR, 24 Januari- Tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Wilayah Autonomi Uyghur di Xinjiang, China pada Selasa.
Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang memantau rapat perkembangan tersebut.
"Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi ini serta kepada rakyat dan kerajaan China.
"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Beijing melalui talian 00-8610-6532-2531 dan 00-8613718942581 (kecemasan selepas waktu pejabat) atau menerusi e-mel