fb fb fb fb fb

Tiada insiden buli dalam kalangan atlet Johor

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 27 Ogos - Kerajaan Johor menegaskan sehingga kini tiada kes membabitkan insiden buli dalam kalangan atlet negeri itu.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Hairi Mad Shah berkata, erajaan negeri turut menyokong usaha mewujudkan rang undang-undang anti buli agar penguatkuasaan lebih berkesan dapat dilaksanakan.

"Kalau ada di Johor, kita tidak akan berkompromi siapa status suspek. Kita akan bawa ke muka pengadilan dan tindakan tegas. Kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku dalam kalangan atlet-atlet di negeri Johor," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas prapelancaran Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekspo Johor 2025 di Johor Bahru.  

Ikon sukan Johor termasuk Datuk Seri Lee Chong Wei dan Sonny Bell Williams turut digerakkan untuk memberi kesedaran kepada anak muda berhubung gejala buli.

Komitmen berterusan merupakan platform penting bagi memastikan arena sukan di Johor terus berkembang dalam suasana harmoni dan selamat.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI