fb fb fb fb fb

Tiada halangan bina masjid di Johor- JAINJ

(Foto BERNAMA)

BATU PAHAT, 12 Februari- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menghalang usaha mana-mana pihak termasuk golongan selebriti membina masjid di negeri berkenaan.

Bagaimanapun menurut EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid, inisiatif itu perlu melalui prosedur tertentu termasuk kelulusan daripada kerajaan negeri.

"Saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang menunjukkan keprihatinan dan kematangan untuk berurusan dalam perkara ini. Saya yakin usaha baik tersebut dapat kita bantu dan usaha menuju ke arah itu sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga menolak dakwaan usaha membina masjid itu berdepan halangan disebabkan perbezaan fahaman politik.

Sebelum ini, selebriti Aeril Zafril dan pasangannya Wawa Zainal berhasrat membina sebuah masjid di Rengit, di sini yang mempu memuatkan kira-kira 700 orang jemaah.

Perancangan pasangan itu bagaimanapun masih belum dilaksana sejak mula diumumkan pada 2020 lalu.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu