Tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi 5.5 magnitud di Filipina

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 yang berlaku di Mindanao, Filipina pada 6.51 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia memaklumkan pusat gempa pada koordinat 5.2 darjah Utara, 125.6 darjah Timur.
  • Kedalaman gempa dilaporkan sekitar 10 kilometer.
  • Lokasi gempa kira-kira 164 kilometer barat laut dari Kepulauan Talaud, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.2 darjah Utara dan 125.6 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut kenyataan METMalaysia, lokasi gempa berkenaan berada kira-kira 164 km barat laut dari Kepulauan Talaud, Indonesia.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan,” menurut METMalaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.