KUCHING, 9 Noevmber- Tentera Darat Malaysia TDM berjaya menggagalkan cubaan lapan pendatang asing tanpa izin PATI memasuki sempadan negara di Sektor Pos GABMA Biawak Lundu hari ini.
Sel Perhubungan Raya Markas Satu Divisyen menerusi satu kenyataan memaklumkan, tangkapan dibuat pada pukul 1.10 tengahari tadi (9 Nov) ketika lapan individu cuba melalui lorong tikus.
Ketika rondaan dibuat mendapati lapan individu itu kelihatan mencurigakan cuba menghampiri kira-kira 590 meter dari sempadan Indonesia.
Hasil daripada penahanan dan pemeriksaan terhadap lapan PATI tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.
Walaubagaimanapun, anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM10,026 melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.
Kesemua lapan PATI telah dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu.