MOF lulus RM30,000 baik pulih padang bola sepak Zon Melor

FOTO RTM

MERBOK, 22 April – Golongan belia di sekitar Merbok bakal menikmati kemudahan sukan yang lebih selesa selepas Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan berjumlah RM30,000 bagi membaik pulih Padang Bola Sepak Zon Melor, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek dijadualkan bermula Mei dan dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan sepenuhnya.
  • Padang hampir 20 tahun tidak menerima pembaikan, kini diberi perhatian untuk kemudahan dan riadah golongan muda.
  • Beliau merakamkan penghargaan kepada Kamil Munim dan berharap inisiatif ini menyokong usaha Kerajaan MADANI melahirkan jaguh sukan.

Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata, projek berkenaan dijadualkan bermula pada Mei ini dan dijangka mengambil masa selama setahun untuk disiapkan sepenuhnya.

“Padang ini difahamkan sudah hampir 20 tahun tidak menerima sebarang peruntukan untuk dibaik pulih. Alhamdulillah, kali ini ada sinar baharu buat komuniti di sini khususnya golongan muda untuk beriadah,” katanya selepas meninjau keadaan padang berkenaan hari ini.

Beliau yang juga Penaung Pertubuhan Kebajikan Anak Merbok merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim atas keprihatinan memudah cara peruntukan tersebut.

Mohammad Fitri menambah, usaha itu adalah sebahagian daripada fokus Kerajaan MADANI dalam memenuhi keperluan rakyat, selain berharap ia menjadi titik mula bagi melahirkan lebih ramai jaguh sukan yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara.