Tekanan kewangan TH boleh dielak sekiranya amaran BNM diambil tindakan wajar

Dr. Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Tekanan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) dapat ditangani sekiranya insititusi kewangan tersebut mengambil tindakan wajar terhadap surat amaran yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2014.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM mengeluarkan lima surat amaran kepada Pengerusi TH dan Menteri bertanggungjawab mengenai kedudukan kewangan, rezab dan pengurusan kecairan.
  • Kedudukan kewangan TH terus merosot sehingga defisit aset-liabiliti melebar kepada kira-kira RM10 bilion pada akhir 2018.
  • Kegagalan menangani amaran membawa kepada keperluan kerajaan melakukan penyelamatan dan pembiayaan untuk menangani krisis lebih besar.
  • RCI mendapati TH tidak sepatutnya diberikan sijil audit bersih dan pemberian dividen mengabaikan kedudukan kewangan sebenar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, BNM telah mengeluarkan lima surat amaran kepada Pengerusi TH dan Menteri bertanggungjawab antara Ogos 2014 hingga September 2016 yang menyentuh berhubung kedudukan kewangan, tahap rezab dan pengurusan kecairan TH.

“Sekiranya amaran tersebut ditangani dengan sewajarnya sejak 2014 masalah kewangan tabung haji berkemungkinan dapat dibendung lebih awal dan keperluan kerajaan menyelamatkan Tabung Haji dapat dielakkan.

“Sebaliknya kedudukan kewangan Tabung Haji terus merosot sehingga defisit aset liabilitinya melebar kepada kira-kira RM10 bilion pada akhir 2018 yang memerlukan bailout daripada kerajaan untuk menangani krisis kewangan yang lebih besar.

“Perkara ini turut disokong oleh dapatan RCI yang berpandangan bahawa TH tidak sepatutnya diberikan sijil audit bersih,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, tindakan TH mengisytiharkan dividen ketika kedudukan asetnya lebih rendah berbanding liabiliti menunjukkan pemberian hibah ketika itu tidak mengambil kira kedudukan kewangan sebenar institusi berkenaan, meskipun surat amaran telah dikeluarkan sebelum ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.