Tarikh permulaan puasa diisytihar Rabu depan

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini akan diisytihar pada Rabu malam, 22 Mac ini.

Kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, penetapan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan nisab.

“Kaedah itu dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

“Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi, pada petang 22 Mac,” menurut kenyataan itu.

(Tarikh permulaan puasa diisytihar pada Rabu malam)

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.