fb fb fb fb fb

Tarik pelancong ke Melaka, lebih banyak pusat tarikan dalam pembinaan

BANDAR HILIR, 5 Mac- Industri Pelancongan Melaka akan diberi suntikan tenaga dan kesegaran baru dalam usaha menaikkan semangat pelancongan sekali gus menarik pelancong ke Melaka.

Exco pelancongan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia melalui beberapa produk pelancongan baharu yang sedang dalam pembinaan.

Beliau berkata, menaik taraf kawasan sekitar Menara Taming Sari dengan pembinaan terowong pelancongan yang meliputi Rumah Hantu dan Restoran Gantung antara usaha yang dijalankan untuk tujuan itu.

Beliau ditemui selepas pelancaran logo Revitalise & Rejuvenate Melaka 2022 dan Konvoi Bermotor semarak pelancongan Melaka 2022 di Perkarangan Menara Taming Sari.

(Datuk Muhammad jailani Khamis melancarkan logo Revitalise & Rejuvenate Melaka 2022 di Perkarangan Menara Taming Sari)

 

Turut Serta pada konvoi berkenaan, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, V.P Shanmugam dan Exco Kerja Raya, Datuk Rahmad Mariman.

Seramai 100 peserta menyertai konvoi sejauh 144 kilometer itu.

Media Baharu