Tanah Runtuh: Penduduk Kampung Bukit Sungai Putih diarah kosongkan kediaman

Foto JBPM Selangor

AMPANG, 8 Mei – Penghuni sebuah rumah di Kampung Bukit Sungai Putih, di sini, diarah mengosongkan kediaman mereka serta-merta selepas kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku berhampiran kediaman berkenaan pada petang tadi (Jumaat).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.17 petang dan menggerakkan enam anggota BBP Ampang.
  • Risiko dianggap tinggi, bomba mengarahkan penghuni mengosongkan kediaman untuk pemantauan lanjut.
  • Runtuhan tanah dikesan kira-kira empat kaki dari struktur rumah.
  • Tiada kecederaan dilaporkan; kes dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 2.17 petang sebelum menggerakkan sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang.

“Memandangkan risiko yang tinggi, pihak bomba telah mengarahkan kesemua penghuni untuk mengosongkan kediaman dengan segera sementara pemantauan lanjut dijalankan,” katanya.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku runtuhan tanah pada jarak kira-kira empat kaki dari struktur rumah berkenaan”, katanya dalam kenyataan.

Ujar beliau, Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Jelasnya, kes telah dimaklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk tindakan lanjut.