Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat

Foto ihsan orang awam

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat, susulan hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Banjir kilat dilaporkan di beberapa kawasan ibu negara termasuk Ampang dan Sungai Besi.
  • Petaling Jaya terjejas; kawasan terlibat termasuk Seksyen 51, Jalan 223, PJS 2, 4, 6, Taman Medan, Sri Manja, Buana Perdana.
  • Shah Alam terjejas di Seksyen 7, Seksyen 13 dan kawasan belakang Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Klang: Bukit Raja dan sekitar Kapar dinaiki air; Gombak dan Batu Caves terjejas, beberapa pokok tumbang.

​Berdasarkan perkongsian orang awam di laman sosial, di ibu negara insiden banjir kilat dikesan melanda beberapa kawasan antaranya di Ampang dan Sungai Besi.

Di Selangor, kawasan terjejas di Petaling Jaya melibatkan Seksyen 51, Jalan 223, sekitar PJS 2, 4 dan 6, Taman Medan, Sri Manja serta Buana Perdana, manakala di Shah Alam di Seksyen 7, Seksyen 13 dan kawasan belakang Universiti Teknologi MARA (UiTM).

​Selain itu, Bukit Raja dan sekitar Kapar di Klang turut dinaiki air, manakala di Gombak serta Batu Caves, beberapa kawasan terjejas serta berlaku kejadian pokok tumbang. – BERNAMA