Tahan seorang penagih setiap hari: Bersesuaian konteks semasa di Kelantan

Foto BERNAMA

BUKIT KAYU HITAM, 30 Julai – Tindakan Polis Kelantan mengarahkan setiap Ketua Polis Balai (OCS) menahan seorang penagih setiap hari adalah strategi dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri menegaskan tindakan perlu difahami menurut konteks masalah dadah meluas di Kelantan.
  • Jajahan seperti Kuala Krai, Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Machang, Rantau Panjang catat masalah dadah serius.
  • Penjara Pengkalan Chepa dan Machang sangat berkaitan dengan dadah; sekitar 75 dan 95 daripada setiap 100 penghuni.
  • Pelaksanaan pendekatan sama di negeri lain bergantung kepada penilaian JSJN Bukit Aman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, tindakan berkenaan perlu dilihat dalan konteks keadaan semasa di Kelantan, apabila hampir tiada kampung di negeri itu yang terlepas daripada masalah penyalahgunaan dadah.

“Jadi saya boleh faham latar belakang Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat yang menggesa tindakan sedemikian rupa. Di Kelantan hampir tidak ada kampung yang terlepas daripada masalah ini.

“Kuala Krai, Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas, Kota Bharu, Machang dan Rantau Panjang adalah jajahan yang mencatatkan angka penyalahgunaan dadah dan bahan yang serius,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, antara penjara paling sesak di negara ini adalah Penjara Pengkalan Chepa di Kota Bharu dengan 75 daripada setiap 100 penghuninya adalah mereka yang terlibat dengan dadah.

“Satu lagi penjara ialah Penjara Machang yang bukan penjara reman, sebaliknya penjara sabitan. Daripada setiap 100 penghuninya, boleh dikatakan 95 orang adalah berkaitan masalah dadah,” katanya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata sekiranya Ketua Polis Kelantan mengarahkan ketua balai mengambil tindakan lebih agresif menerusi gerakan menyeluruh, ia adalah selaras dengan tahap masalah dadah yang berlaku di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, sama ada pendekatan sama akan dilaksanakan di negeri lain bergantung kepada penilaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.