KUALA TERENGGANU, 18 Jun-Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan gelaran Darjah kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 111 individu di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering di sini.
Pengurniaan tersebut bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Keputeraan baginda.
Mendahului senarai penerima, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Dato’ Zulkifli Ali serta Pengarah urusan Yen Tin, Dato’ Tan Choo Meng yang membawa gelaran Datuk bergelar.
Seterusnya ia diikuti pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada dua penerima iaitu Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Eksekutif TSLAW Tower, Tan Sri Datuk Law Tien Seng.
Enam individu dianugerahkan darjah kebesaran Dato’ Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu, D.S.M.Z yang membawa gelaran Dato’ antaranya Bekas ketua polis Terengganu, Dato’ CP Aidi Ismail.
Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZ) kepada 16 penerima Setia Mahkota Terengganu (SMT) (10 penerima), Ahli Sultan Mizan Abidin Terengganu (AMZ) (12 penerima) dan Ahli Mahkota Terengganu (AMT) (36 penerima).
Berangkat sama ke istiadat hari ini Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.
(FOTO BERNAMA)