fb fb fb fb fb

STR bukan sekadar penjenamaan semula, digembleng berdasarkan kos sara hidup rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Januari-Bukan sekadar penjenamaan semula, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) digembleng berdasarkan data sebenar kos sara hidup dengan pendapatan isi rumah rakyat.

Ia digerakkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), selain Kementerian Ekonomi.

Penasihat keusahawanan, Dr. Khalil Zulkiflee berpandangan, insiatif bawah konsep Payung Rahmah itu mampu dikembangkan melalui penglibatan pihak swasta demi kesejahteraan bersama.

"Konsep rahmah dan masyarakat madani ini daripada rakyat kepada rakyat untuk rakyat. Tak semestinya kita tunggu bantuan rakyat.

Saya lihat banyak badan korporat mahu terlibat secara langsung, jadi mungkin ini peluang dan masanya pihak swasta ke hadapan untuk membantu," katanya selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

(Dr. Khalil Zulkiflee, Penasihat keusahawanan)

Antara inisiatif bawah Payung Rahmah termasuk, Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah.

Media Baharu